Friday, August 29, 2008

 

August 2008
M T W T F S S
     
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

My Other Link

XBlogger

Archives

eXTReMe Tracker

August 1st, 2008 by Wira

Oopps, I did it again. Entah mengapa, ini kali ke sekian kali saya delate posting yang sebelumnya. Tindakan spontan tanpa berfikir panjang. Ada sesiapa tahu, apa sindrom yang sama alami ini? Saya percaya ada istilah untuk sindrom ini. Kerana itu, saya yakin ada penawarnya.

Lebih suku abad aku hidup. Semoga ada lagi dayaku

Salam, lama sungguh tak update (ayat routine untuk semua blogger yang tak update, samada  blog bersawang atau sibuk dengan kerja lain, itu memang ayat routine. Apa yang aku nampak, semuanya itu alasan. Malas mungkin lebih tepat. Tapi kita memang suka cari alasan untuk justifikasikan tindakan kita. Terpulang diri masing masing) Ok baiklah, aku sekali lagi delate entry lepas lepas. Hehehe. Ntah la, aku pun tak tau kenapa. So automatic pemenang kuiz kuiz yang lepas terpaksa aku hold dulu. Mungkin ada yang dah lupa tapi jangan risau, aku tetap ingat. Lagi pun, adik beradik aku jugak yang menang. Lupa nak letak syarat ahli keluarga tak boleh masuk. Lupakan dulu soal itu. Ada lagi soal penting nak story kat sini.

Hari ni 1st August 2008. Tarikh penting. Tarikh yang penting sangat untuk aku. Hari ni genap umur aku suku abad lebih sikit. Melonjak setahun lagi umur ni. Aku buat kenduri doa selamat dengan kawan-kawan rumah bujang aku ni. Chewah. Macam seronok pulak organise majlis ni. AKu joint vanture dengan roomates aku sebagai co-sponsor sebab dia pun ada hajat dia jugak. Mungkin majlis hari jadi ni kali terakhir aku sambut secara teruna bujang (Hint! Hint! Hint!). Hehehe

Persiapan simple aja. Seminggu sebelum tarikh aku dah jemput semua budak rumah supaya hadir. Budak budak rumah aku ni macam Menteri sibuknya. Kalau bagi short notice memang tak dapat la nak kumpul. Itu pun seorang tak ada sebab kena balik kampung. Kat Pahang. Tapi takpe sebab last 2 weeks dia balik Pahang dia kembali dengan durian. So, aku redha je dia balik dengan harapan nanti dia bawak balik durian untuk kami serumah.

Petang harinya, aku dengan Mr R (Roomate) bersiap-siap. Since dapur lama tak berasap, terpaksa la buat spring cleaning dulu. Cuci apa yang patut dan masak nasi putih bersih. Kemudian, shoping minuman dengan ais dekat kedai untie sebelah. Pergi Pantai Dalam beli main dish ie Ayam Golek Lima Bintang. Kemudian beli buah sikit. Balik je terus buat air. Memang sedap sungguh air aku buat. Sebab takde jug so kitaorang buat dalam tupperware.

Majlis dimulakan dengan solat maghrib secara berjemaah diimamkan oleh Ustaz PY. Uztaz ni kawan zaman belazar dulu. Dia budak API. Memang sesuai la dia lead majlis tu. After solah buat baca yassin dengan doa selamat. Still Ustaz PY yang lead majlis. Sekali kena bagi ucapan la pulak. Alamak, kalau tahu memang aku dah prepare teks tapi sebab tak ready aku bagi ucapan ringkas pasal tujuan majlis aku buat ni. Mr R pun bagitau jugak apa niat dia joint jadi co-sponsor ni sebab nanti bulan 12 dia dah nak bernikah.

Lepas je tu, terus la makan. Terpaksa buat buffet style sebab ikut trend zaman sekarang. Before ni majlis memang kitaorang buat hidang pun tapi kali ni buffet je. Kehadiran memuaskan sebab seorang je tak hadir Mr A. Yang lain semua hadir. 

dsc_1561.JPG

Ayam Golek Lima Bintang. Siapa siapa yang familiar area pantai dalam mesti tau pasal gerai ayam ni. Dia sebelah kedai tilam dekat delat dengan warung nasi lemak perindu. Aku tak pasti apa bahan dia guna untuk perap ayamg ni tapi dalam tu memang ada daun daun. Ada sos dia sekali tapi aku tak gemar sangat home-made sos ni sebab biji dia besar besar.

dsc_1557.JPG

Kawan kawan rumah aku. Ada Mr N, Mr R, Ustaz PY, Mr E, Mr MB dan Mr D dalam gambar ni. Mr M tak ada. Mr A balik kampung. AKu kat belakang kamera ni lah. Kalau perasan tu la tupperware buat air. Oh ya, terlebih pulak air tu. Kena isi dalam botol, dapat 4 liter simpan dalam peti ais. Ada lagi balance 1 liter. Ada sup jugak. Sup beli dekat kedai Chakoi Pantai Dalam. Memang sedap la sup dia. Dulu kedai ni kena rush sekali dengan RELA sebab staff dia semua import Thailand. Sekarang ni dah ada permit la kot. Kat kedai tu kalau makan sup dia letak dalam claypot. Famous dengan Chakoi pada waktu petang.

Selesai makan semua, aku rasa happy sangat. Actually, lama sangat dah kitaorang tak makan sama-sama macam tu. Maybe bulan puasa nanti baru nak start makan sama-sama balik. Dengar dengar ada a few yang akan hilang teruna tamatkan zaman bujang dalam masa terdekat ni. Semoga ukhwah berkekalan.

That it, jam dah pukul 12.57 am. Dah masuk 1st August pun. ALa, touching la pulak rasa. Kawan-kawan, doakan semoga aku panjang umur, murah rezeki, di tetapkan iman, diberikan keluarga yang bahagia. Erk, tiba tiba nak ter-hint lagi sekali pulak :-)

 

Extra non related to entry :-

a) Macam mana nak buat supaya kalau kita bukak blog ni, tak ada page baru iklan muncul?ada sesiapa boleh bantu? Atau aku je yang ada masalah ni?

b) Entry ringkas padat update setiap hari lagi best atau entry panjang berjela update seminggu/sebulan sekali lagi best atau entry panjang berjela update tiap tiap hari lagi best?Rasa rasa?

Posted in Wira Nordin | 15 Comments »